Followers

Wednesday, August 25, 2010

Award Dari cik Puteri Cahaya..





Salam semua,
Suke dpt award ni!.. hehehe..
Cantik ke blog saye? pertama2nya saya nak ucapkan tq to cik puteri cahaya. Overall, i learn from her and tq for all her guidance.. Dulu, saye xfaham mende nie.. Xsuke pun. But, after dah joint and get earning w'pun so far baru xsampai rm1.00, tapi alhamdulillah, sape nak kasi kan. Even saye dah ade income tapi nuffnang betul2x menambah nilai wang saye!..
Sekian, saye suke blog and tq for puteri coz giving me this award!..
Berjanji akan menjadi blogger tegar..InsyaALLAH..kalau xbusy.
Selamat Berbuka puasa semua..




Saturday, August 7, 2010

Sepagi di pasar kabut

Pagi ni g pasar tani dengan Aien, huh,, seronok coz dapat pegi sebelum menyambut kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak..Yang bestnye dapat makan cendawan goreng spicy and original, ala-ala KFC gitu, Unfortunately, terlupa sesuatu cz syok nak g makan, lapar giler..Jeng 3x, Lupe nak tutup tingkap kereta, tapi syukurlah kete tak pe2, org kat pasar sek. 13 ni bagus2 la gamaknye. Udahlah sebelum tu cari parking bagai nak rak, siap naik kat tempat pejalan kaki lagi, otai giler gara-gara takde parking . Nasib baik ada sebuah kereta Toyota Vios br keluar parking, maka dapatlah hamba memaking kereta..Begitulah Al-kisahnye, sehari di pasar kabut

Sunday, July 25, 2010

New Home!!!

Salam all,

Hello everybody!!

Welcome to my new homee!!!.. Plz accept me as your new friend!!.. Nice to meet you all.

Petang ni sangat seronok sebab, rumah dah complete beli keperluan rumah spt, music iaitu, radio!!!... muahahahahaha... Chatroom sebagai telefon utk kita berhubung and bergayung!!.. hehehehe ;;;) meh chat n tinggalkan nota anda di chat box ya?!,..

Rumah pun dah semakin ceria dgn cat baru!.. hehehe..
Thank You puteri for encaurage me!!!... huhuhuhu.. i lolike!!..

Tak sabar nak tggu besok for my nuffnang movement!!.. first week i put nuffnang as my advertisement blog!!!.. Rajin2 singgah sini and click ya!!!.. Luv u alls!! ;)

Key lah, meh follow redgurlz and i'll follow back!!..

Thanks!!!..

Wednesday, July 21, 2010

Belajar menulis Cerpen

Sebuah Cerpen Pertama..

Satu hati, Dua Budaya



“Laila ko dah siap ke?”Persoalan biasa yang mesti kutanya setiap hari. Maklumlah aku menumpang Ila setiap hari pergi ke kuliah. Laila merupakan rakan baikku sejak hari pertama aku menjejakkan kaki ke menara gading, Universiti Teknologi MARA cawangan Shah Alam. Tiba-tiba terdengar suatu suara, “Lis, ko gi dulu leh tak?” Aku terlewat bangun la. Balasnya dengan tuala di bahu. Aduhai Ju kenapalah ko tak bagitau aku awal-awal. Rungutku sendirian tapi serta-merta aku tersedar yang aku ni menumpang , “huhu”. Maka terpaksalah aku berebut-rebut menaiki bas pada pagi yang hening itu. Sebagai pelajar tahun 4 jurusan perakaunan aku sudah masak dengan hiruk-pikuk pagi di Kolej Meranti bersebelahan “Food Court” yang terletak di Seksyen 2,Shah Alam yang sudah pastinya menjanjikan cabaran pertama memulakan hari. “Pon ! Pon!, tiba-tiba sebuah kereta berhenti disebelahku, “ Kak Lisha, jomla naik”, kata Saiful. “Terima kasih Pul, mujurlah Saiful ada, akak dah lewat ni “. Balasku sambil masuk ke dalam kereta Proton Persona milik Saiful. Saiful merupakan ‘Junior’ aku yang baik dan menyenangkan. Suatu ketika dulu kami rapat tetapi kejadian pada suatu hari membuatkan kami tidak seakrap dahulu. “Ah, biarlah itu cerita lama”, ngomelku di dalam hati. Aku menganggap Saiful tidak lebih dari seorang adik.
Aku berlari –lari anak menuju ke bilik kuliah. Pagi itu pensyarah kegemaranku, Puan Salbiah mengajar subjek kegemaranku, percukaian. Jadi sebolehnya aku tidah mahu terlepas peluang menimba ilmu yang diajarkannya. Sampai di bilik kuliah, Puan Sal sedang mengajar tajuk ‘Tax for Individual’. Tiba-tiba Puan Sal bertanya soalan kepadaku, sudah tentu dengan mudah aku menjawabnya kerana aku sedia maklum tentang topik itu. Puan Salbiah tersenyum tanda bersetuju dengan jawapanku. Aku menberikan sepenuh perhatian sepanjang dua jam kuliah berlangsung. Sedaya upaya ku ingin menyerap 100 peratus ilmu yang diajarkan, maka mudahlah nanti tidak perlu bersusah-payah menelaah. Memang begitulah kegemaranku, menumpukan perhatian dikelas. Jadi masa yang ada aku gunakan untuk aktiviti luar kegemaranku. Begitulah rutin harianku. Pada waktu petang aku sibuk dengan rutin sebagai Ketua Blok kolejku menginap, Kolej Meranti.
Ujian pertengahan semesta bakal menjelma 2 minggu lagi. Sebagai pelajar aku memang fokus dengan ujian sebegitu, walaupun dianggap remeh bagi sesetengah pelajar tetapi bagiku ia banyak membantu untuk menguji pemahaman pelajar selain membantu markah semasa peperiksaan akhir nanti. Setiap hari aku menelaah mengikut jadual waktu pelajaranku. “ Lisha, aku nak tanya kau sikit la, ala pasal audit, aku tak faham sangat la bab ‘Corporate Governance’, boleh kau terangkan tak ape yang kau faham?” tanya Laila suatu petang semasa kami sedang sama-sama mencuci pakaian di bilik air. “ Oo..yang tu ke? takpe nanti kita buat ‘group discussion’ ek”. Jawabku tersengeh sambil memerah baju yang telah siap di bilas. Selesai mencuci pakaian, solat, jam telah menunjukkan pukul 6 petang dan perutku sudah mula menyanyikan lagu cinta lalu aku mengajak Laila ke Food Court membeli makanan. Rakan bilikku, Fareha masih belum pulang dari kuliah. “Mungkin dia ada kuliah sampai ke malam”, getusku sendirian.
Sekali lagi suasana yang memang biasa bagiku sejak dahulu lagi iaitu berasak-asak ketika membeli makanan. “Wah, cekap sungguh ko ‘menciluk’ Lis”, sergah Laila, semasa aku sedang berasak membeli makanan. “Itu sudah semestinya”. Jawabku selamba. Sungguh enak menikmati nasi goreng cili padi masakan Makcik Kintan yang memang terkenal di ‘Food Court’ Seksyen 2 itu. “Ila,malam ni ada perjumpaan blok tau, jangan lupa datang”. Jelasku kepada Ila. Ila memang terkenal dengan ciloknya untuk mengelak menghadiri perjumpaan. “Insyaallah”, jawabnya ringkas tetapi cukup mendalam maknanya. Malam itu perjumpaan Blok Meranti pun diadakan. Seperti biasa hanya sebahagian penghuni yang hadir. Sebenarnya perjumpaan tersebut adalah untuk menyampaikan amanat oleh Fellow Blok yang mana berminat mengadakan “Malam Gala Meranti” yang dicadangkan akan diadakan sejurus pembukaan kuliah selepas seminggu cuti pertengahan semesta. Selepas perjumpaan tersebut aku mengadakan ‘study group’ bersama Ila tentang topik yang dibincangkan tadi.
Ujian Pertengahan Semesta telah berlalu, semua pelajar sibuk berkemas untuk pulang ke kampung masing-masing. Sesuatu yang menggembirakan aku adalah cuti kali ini aku terlibat dalam program motivasi kepimpinan anjuran bersama pelajar MSU, Shah Alam.Walaupun sedih tidak pulang ke kampung, tetapi aku rasa bertuah kerana dapat mengikuti program sebegini. Dalam hatiku, “manalah tahu aku tersangkut kat mana-mana budak MSU nanti, hihi”. Al maklumlah walaupun sudah tahun akhir, tetapi aku masih tidak mempunyai buah hati lagi, tidak seperti Ila, sahabat karibku yang sudah berpunya. Aku berpelukan dengan rakan baikku, Ila sebelum dia berangkat pulang ke rumahnya yang hanya terletak di Petaling Jaya. Walaupun tidak pulang ke kampung, aku juga turut berkemas barang yang perlu di bawa untuk motivasi kepimpinanku yang berlangsung selama seminggu. Kem tersebut akan berlangsung di Kem Terendak, Melaka. Keberangkatan kami terdiri daripada 40 orang pelajar kolej Meranti serta 20 orang pelajar dari Management & Science University (MSU), Shah Alam.
Hari ini, Sabtu bersamaan 20hb September, 2008 merupakan hari keberangkatan bakal-bakal pemimpin masa hadapan dari UiTm & MSU ke Melaka. Semua peserta sangat teruja. “Min, dah siap paket semua barang ke, pastikan tidak ada yang tinggal tau”, tanyaku kepada sahabat kolejku, Min. Min mengatakan setahunya semua barang yang perlu telah di bawa dan berharap tidak ada apa yang tertinggal. Kami semua beratur menaiki 2 buah bas menuju ke destinasi. Sepanjang perjalanan aku tidak tertidur tetapi begitu teruja menikmati perjalanan ke Melaka, Bandaraya Bersejarah.Tiba-tiba, “Ish, apa ni”, marahku sambil bangun mengibas-ngibas baju yang basah tertumpah air. “I am sorry Miss, really sorry for interrupting you”. Kata pemuda yang menumpahkan ‘orange juice’ ke bajuku dengan nada bersalah.”Sorry, that’s all you said when you cause an accident”, aku seperti meniru ayat iklan di radio. “I am so sorry, somebody push me, and then I cannot control myself”. Katanya memberi alasan. Aku bukanlah hendak mencari gaduh, lalu aku pun kata okay. “I am Suresh”, jejaka itu memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan. “Ooo, I am Liesha”, balasku sambil menolak untuk berjabat tangan. “ Ooo, I am sorry, balasnya sambil menarik tangan tanda hormat. Sepanjang perjalanan ke Melaka kami berbual panjang. Rupa-rupanya dia sama baya denganku. Dia mengambil jurusan Pengurusan Pelancongan di MSU. Dia berasal dari Kepong. Orangnya tinggi lampai, berbadan sasa dan berkulit hitam manis seperti kebanyakan orang berbangsa India yang lain, tetapi dia begitu fasih berbahasa Melayu. Walaupun baru beberapa minit berkenalan tetapi seperti ada keserasian di antara kami. Ooppps, aku segera menolak pemikiran nakal yang terbit dari hati kecilku. Lagu-lagu cinta yang menyumbat telinga sedari tadi tiba-tiba begitu menusuk jantungku. “Jiwang”, marahku sendirian.

Bersambung…….

Monday, July 19, 2010

Satu lagi sahabatku bertunang




Semalam 18 Julai 2010, Seorang lagi sahabatku bertunang..hmm..tahniah buat Nurul Iradah Supian dan Mohd Adha (kotlah nama penuhnye)..Apapun girl yang masih tak lg..

Wednesday, July 7, 2010

My first entry


Hello..hai, happy dah de blog..